TIPS MURAH REZEKI
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
InsyaAllah entry kali ni, sy nk kongsikan beberapa tips murah rezeki..rata2 buku dan blog yg sy baca, semua penulis menggariskan tips yg hampir sama. Samada jutawan, alim ulama' atau pakar perunding perniagaan semuanya mengaitkan rezeki dengan hubungan kita dengan Allah.
Percaya atau tidak dan sepatutnya kita WAJIB percaya bahawa semakin jauh kita dengan ALLAH semakin jauh rezeki Allah swt dari kita. Pernah tak anda terlintas, kenapa orang kafir lebih kaya dan berjaya dari orang Islam? Berhati2 wahai sahabat, jangan sampai kita bersangka buruk dengan Allah swt. Sebenarnya memang Allah berikan mereka rezeki yg melimpah ruah tp dlm bentuk apa?adakah keberkatan ada bersama rezeki mereka itu?ke mana mereka gunakan kekayaan mereka?Andai mereka terus kufur dan menggunakan kekayaan mereka ke jalan yang tidak diredhai Allah, nescaya mereka akan mendapat laknat dari Allah swt.
Usahlah kita pertikaikan perkara itu, itu semua urusan Allah swt...yg paling penting adalah kt fikirkan bagaimana kita nak meningkatkan ekonomi umat Islam kita hari ni. Sampai bila kita nak mengharapkan bantuan orang lain, nak mengharapkan subsidi dan sebagainya. Allah kurniakan kita tulang 4 kerat, tubuh badan yang sihat, akal yg berguna dan hati yg kental. Kenapa kita tidak gunakan 'rezeki' itu untuk meningkatkan ekonomi umat Islam?
Wahai sahabat, sekadar renungan buat diri sy dan sahabat2 sekalian...marilah kita sama2 semak diri kita adakah kita layak untuk menerima nikmat dan rahmat dari Allah swt...
- Adakah kita melakukan semua suruhan Allah swt?
- Adakah kita meninggalkan semua larangan Allah swt?
- Pernah tak kita meninggalkan solat 5 waktu?
- Adakah kita membaca kitab suci Al-Quran saban waktu?
- Adakah kita sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah swt?
- Adakah kita menunaikan solat2 sunat?
- Adakah kita bangun sepertiga malam untuk merintih dan merayu pada Allah swt?
- Adakah kita tidak pernah berbuat dosa di atas muka bumi Allah ini?
Astaghfirullah..ampunkan kami Ya Allah..kami hamba yg hina Ya Allah..
Berbalik kepada tajuk entry kali ini, tips murah rezeki:
- Solat 5 waktu sehari semalam.
- Amalkan solat di sepertiga malam dan membaca surah al-Muzammil, al-Mulk, al-Waqiah dan al-Lail.
- Amalkan solat sunat dhuha.
- Bersedekah pada setiap hari dengan ikhlas..kuantiti tidak penting...
- Bersabar dan bersyukur dengan setiap rezeki walaupun sedikit.
- Tawakkal tapi jangan baru usaha sedikit terus tawakkal..
Murah rezeki?Adakah dengan hanya kita bekerja dan makan gaji boleh mengubah kehidupan kita?Ianya adalah sesuatu yg amat mustahil..ingat wahai sahabat, perniagaan akan menjana 9/10 sumber pendapatan...marilah kita berniaga walaupun bermula dengan kecil-kecilan...berniaga akan mengajar kita erti sabar dan bersyukur....
![]() |
| 15 Tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Norbahiyah..Marilah kita sama2 amalkan...InsyaAllah. |
Rezeki yang diusahakan dengan titik peluh sendiri dan diberkati Ilahi akan melahirkan generasi yang beriman dan keluarga yang bahagia.




Comments
Post a Comment